Belajar Al-Quran Dalam Masa 24 Jam

Belajar Al-Quran Dalam Masa 24 Jam

Boleh Membaca Al-Quran Dalam Masa 24 Jam Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur

MENGENALI AL-HIRA

Al-Hira’ adalah satu kaedah terkini panduan belajar membaca Al-Quran yang hanya dalam masa 24 jam boleh membaca Al-Quran.

Kaedah ini telah terbukti keberkesanannya setelah di uji cuba selama 22 bulan. Ianya sangat mudah, praktis dan sistematik.

Ia datang dengan kesyumulannya (Al-Hira’) bertanyakan kepada anda:

  • Masih adakah di antara keluarga anda yang belum boleh membaca al-Quran?
  • Masih adakah di antara manusia yang menyebut susah untuk membaca al-Quran?
  • Masih adakah cinta di hati kita untuk al-Quran?

Seandainya jawapan itu adalah “YA”, sisihkanlah masa untuk al-Quran, berlayarlah dengan Al-Hira’. Nescaya sebelum terbit fajar pada keesokan hari anda telah memilikinya.

Anda boleh membacanya, pusaka abadi itu mukjizat nabi panduan hidup sehingga mati, ubat dan rahmat sewaktu hidup, sahabat yang kuat dalam kubur (al-Quran)

PANDUAN TERKINI BELAJAR MEMBACA AL-QURAN

Mungkin anda salah seorang dari golongan di bawah ini:

  • Anda seorang ibu rumahtangga atau bapa pemimpin keluarga yang mendapat anugerah anak-anak yang dikurniakan Allah.
  • Anda seorang remaja atau lepasan universiti ternama.
  • Anda seorang profesional atau usahawan berjaya.

DAN JIKA;

  • Anda seorang khalifah / pemimpin yang dipertanggungjawabkan menjaga al-Quran (menjadi khadam / penjaga al-Quran)
  • Anda seorang pemilik tadika, sekolah swasta dan pusat-pusat pengajian / pembelajaran al-Quran.
  •  Atau anda seorang guru yang sedang mencari kaedah mudah belajar / mengajar al-Quran.

ADA 10 SEBAB KENAPA ANDA WAJIB MEMILIH AL-HIRA:

1. Unik
2. Susunannya teratur dan sistematik
3. Ringkas dan padat
4. Mudah difahami
5. Dalam masa 24 jam boleh membaca Al-Quran
6. Dua dalam Satu (Asas & tajwid)
7. Tajwid yang lengkap dan ringkas
8. Boleh membaca Al-Quran dengan tajwid
9. Tepat & sesuai dengan keperluan masakini
10. Cepat dan jimat

Buku ini mengandungi 22 pelajaran dan ia terbahagi kepada Bahagian Asas & Bahagian Tajwid.

SUKATAN PELAJARAN BAHAGIAN ASAS BUKU AL-HIRA’ ADALAH SEBAGAIMANA BERIKUT:

Pelajaran 1 : Cara membaca huruf yang berbaris atas
Pelajaran 2 : Cara membaca huruf yang berbaris bawah
Pelajaran 3 : Cara membaca huruf yang berbaris hadapan
Pelajaran 4 : Mengenal huruf bersambung
Pelajaran 5 : Mengenal bacaan tanda panjang
Pelajaran 6 : Cara membaca huruf berbaris dua (Tanwin)
Pelajaran 7 : Cara membaca huruf mati (Sukun)
Pelajaran 8 : Cara membaca huruf yang bertashdid
Pelajaran 9 : Cara membaca (Alif Lam) at-Ta’rif
Pelajaran 10 : Cara membaca lafaz al-Jalalah (ALLAH)
Pelajaran 11 : Cara membaca hamzah wasal
Pelajaran 12 : Cara berwakaf (memberhentikan bacaan)
Pelajaran 13 : Cara membaca huruf-huruf muqatta’ah