admin

Salam sejahtera, saya Fadzil Amri lulusan ijazah syariah dari Darul Uloom Zakariyya, South Africa. Kini berkecimpung dalam menyediakan kelas-kelas pengajian Al-Quran dan Tajwid dan juga Fardu ain bagi orang dewasa. Berpengalaman mengajar hampir 10 tahun, ramai telah keluar dari kepompong buta huruf tidak tahu membaca hingga dapat membaca Al-Quran dengan baik.. Alhamdulillah.

Author Archives: admin

Himpunan Doa

الدُّعَاءُ مُخُّ الْعِبَادَةِ Doa adalah intisari ibadat الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ Doa adalah ibadah لَيْسَ شَيْءٌ أَكْرَمَ عَلى اللَّهِ مِنَ الدُّعَاءِ Tiada sesuatu yang mulia disisi Allah daripada doa اللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ قُلُوبِنَا، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِنَا، وَاهْدِنَا سُبُلَ السَّلَامِ، وَنَجِّنَا مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ، وَجَنِّبْنَا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، وَبَارِكْ لَنَا فِي أَسْمَاعِنَا، وَأَبْصَارِنَا، وَقُلُوبِنَا، وَأَزْوَاجِنَا، وَذُرِّيَّاتِنَا،… Read More »

Kata-kata Hikmah

Kata Saidina Ali : Berpadalah dalam mencintai orang yang kamu cintai, kemungkinan pada suatu hari dia akan menjadi orang yang kamu benci. Berpadalah dalam membenci orang yang kamu benci, kemungkinan pada suatu hari dia akan menjadi orang yang kamu kasih. (Jami’ Tirmizi) إِذَا اشْتَدَّتْ بِكَ الْبَلْوَى فَفَكِّرْ فِي أَلَمْ نَشْرَحْ فَعُسْرٌ بَيـْنَ يُسْـرَيْنِ إِذَا فَـكَّـرْتَهُ تَفْـرَحْ Apabila anda… Read More »

Hukum Ibtida’

Pengertian Ibtida’ (الابتداء) Ibtida’ bermaksud memulakan bacaan, samaada memulakan semula bacaan setelah Qat’u (lama habis membaca) atau memulakan bacaan setelah Waqaf. (berhenti mengambil nafas). Jika memulakan setelah Qat’u maka dituntut supaya membaca Ista’azah. Tetapi jika memulakan setelah Waqaf, tidak perlu Isti’azah. Maka jelas di sini Ibtida’ ialah suatu yang berlaku kerana pilihan sendiri, bukan kerana terpaksa. Disini diberikan… Read More »

Waqaf dan Ibtida’

Berhenti dan Memulakan Bacaan Dalam mencapai ketepatan pembacaan al-Quran, selain dari mengelokkan sebutan setiap huruf al-Quran, memberhentikan bacaan pada tempat yang betul adalah suatu tuntutan. Perkara ini ditegaskan oleh Saidina Ali r.a. bila ditanya tentang maksud membaca al-Quran dengan Tartil ( ترتيل ), beliau menjawab: هو تجويد الحروف ومعرفة الوقوف “Mengelokkan sebutan setiap huruf dan mengetahui tempat berhenti”… Read More »

Hukum Hamzah Wasal

Hamzah wasal ialah hamzah berupa alif tambahan di awal perkataan. Hamzah ini akan diabaikan jika seseorang memilih untuk menyambungkan bacaan dari ayat sebelumnya. Tetapi hamzah ini akan dibariskan bacaannya jika seseorang memilih untuk memulakan bacaan dari perkataan yang mempunyai hamzah wasal tersebut. Hamzah Wasal yang ditemui dalam al-Quran berada di awal kata nama ( اسم ), kata kerja (فعل) dan… Read More »

Doa Khatam Quran

  اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالِمِينَ . حَمْدًا شَاكِرِينَ . وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ . وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِنَا مُحَمَّدٍ وَءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ اَللَّهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّآ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ . وَتُبْ عَلَيْنا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ . وَاهْدِنَا وَوَفِّقْنَا إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمِ . بِبَرَكَةِ الْقُرْءآنِ الْعَظِيْمِ . اللَّهُمَّ ارْحَمْنَا بِالقُرْءَانِ . وَاجْعَلْهُ لَنَا إِمَامًا وَنًورًا وَهُدًا وَرَحْمَةً… Read More »

Hukum Mim Sakinah

Pengertian Mim Sakinah Mim Sakinah ialah mim yang tidak berbaris atau lebih dikenali sebagai mim mati. Mim Sakinah mempunyai ciri yang sama seperti Nun Sakinah kerana kedua-duanya memiliki suara yang keluar dari pangkal hidung, khaisyum yang mengeluarkan suara dengung atau sifat ghunnah sebagai satu ciri yang mesti ada pada Mim dan Nun Sakinah. Terdapat tiga hukum bagi Mim… Read More »

Ilmu Tajwid

  PENGERTIAN ILMU TAJWID Dari segi bahasa tajwid bermaksud mengelokkan. Dari segi istilah pula tajwid bermaksud suatu ilmu untuk mengetahui cara melafazkan huruf-huruf Al-Quran dengan betul. Sesetengah ulama mentakrifkan Tajwid sebagai menunaikan hak huruf dan apa yang sepatutnya bagi sesuatu huruf Al-Quran, seperti menunaikan apa yang sepatutnya bagi makhraj sesuatu huruf, sifat-sifatnya, dengungnya, panjangnya, tebal atau tipisnya sebutan… Read More »

Makhraj Huruf

مخارج الحروف TUJUH BELAS CARA PENYEBUTAN MAKHRAJ HURUF 1. Bibir bawah ditekan ke gigi kacip atas. keluar daripadanya huruf:  ف Cara untuk memastikan sebutan yang betul bagi huruf ini ialah dengan cara menemukan permukaan bibir bawah dengan hujung gigi kacip (gigi hadapan) sebelah atas. 2. Merapatkan dua bibir. Keluar daripadanya huruf:  م و ب Cara untuk memastikan sebutan huruf-huruf ini yang… Read More »

Panduan dan Pengiraan Zakat

DEFINASI ZAKAT Dari segi bahasa: Kebersihan, kesucian dan memperbaiki Kesuburan dan pertambahan Dari segi istilah syara’ : Mengeluarkan sebahagian dari harta tertentu untuk diberikan kepada orang-orang yang berhak menerimanya apabila telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. JENIS ZAKAT HARTA Zakat Pendapatan Zakat Wang Simpanan Zakat Perniagaan Zakat Tanaman Zakat KWSP / LTAT Zakat Saham Zakat Ternakan Zakat Emas &… Read More »