Bacaan Hafs Dari Toriq Syatibiyyah

By | Januari 25, 2021
  • Huruf ص pada  يَبْصُۜطُ dan بَصْۣطَةً dibaca dengan س :

Sekiranya terdapat huruf sin kecil di atas atau di bawah huruf shod, maka ia boleh dibaca dengan dua cara, samada dibaca dengan huruf sin, atau kekalkan huruf shod. Namun huruf yang berada di atas adalah lebih diutamakan untuk membacanya.

وَاللّٰهُ يَقْبِضُ وَيَبْصُۣطُۖ وَاِلَيْهِ تُرْجَعُوْنَ

وَزَادَكُمْ فِى ٱلْخَلْقِ بَصْۜطَةً

  • Perkataan  تَأْمَ۫نَّا wajib dibaca dengan Isymam atau Raum:

Ia adalah bacaan yang memuncungkan kedua bibir mulut. Diletakkan bentuk diamond di
antara huruf mim dan juga nun sebagai tanda bacaan isymam.

قَالُوا يَا أَبَانَا مَا لَكَ لَا تَأْمَنَّا عَلَىٰ يُوسُفَ وَإِنَّا لَهُ لَنَاصِحُونَ

  • Perkataan مَجْر۪ىٰهَا perlu dibaca dengan Imalah:

Ia bermaksud bacaan yang condong, iaitu dengan mengubah baris biasa kepada baris pertengahan (antara fathah dan kasrah). Diletakkan bentuk diamond di bawah huruf ra sebagai tanda untuk bacaan imalah pada huruf ra tersebut.

وَقَالَ ٱرْكَبُواْ فِيهَا بِسْمِ ٱللَّهِ مَجْر۪ىٰهَا وَمُرْسَىٰهَآ

  • Perkaataan ءَ أَعْجَمِيٌّ dibaca Tashil (antara hamzah dan alif):

Ia bermaksud memudahkan atau meringankan bacaan secara samar-samar. Ia berlaku apabila terdapat dua hamzah yang berturutan dalam satu kalimah. Cara bacaannya adalah dengan membaca hamzah pertama dengan bacaan biasa, dan hamzah kedua dibaca dengan bunyi samar-samar (seakan-akan bunyi di antara huruf hamzah dan alif). Diletakkan tanda bulat berwarna hitam diatas huruf hamzah yang kedua.

 لَوْلَا فُصِّلَتْ ءَايَٰتُهُۥٓ ۖ ءَا۬عْجَمِىٌّ وَعَرَبِىٌّ

  • Wasal dengan membuang alif , waqaf dengan mad 2 harakat:

أَنَاْ – قَالَ اَنَا۠ اُحْيٖ وَاُمِيْتُ

لٰكِنَّاْ – لٰكِنَّا۠ هُوَ اللّٰهُ رَبِّيْ

الظُّنُوْنَاْ – وَتَظُنُّوْنَ بِاللّٰهِ الظُّنُوْنَا

الرَّسُوْلَاْ – وَاَطَعْنَا الرَّسُوْلَا۠

السَّبِيْلَاْ – فَاَضَلُّوْنَا السَّبِيْلَا۠

قَوَارِيْرَاْ – كَانَتْ قَوَارِيْرَا۠

  • Perkataan الِاسْمُ dibaca dengan بِئسَ لِسم ketika wasal: Naqal

Ia bermaksud memindahkan baris huruf hamzah kepada huruf lam sebelumnya pada
kalimah alif lam. Perkataan asal الِاسْمُ setelah dipindahkan baris hamzah kepada lam, ia menjadi لِسْمُ

 بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوْقُ بَعْدَ الْاِيْمَانِۚ

Author: admin

Salam sejahtera, saya Fadzil Amri lulusan ijazah syariah dari Darul Uloom Zakariyya, South Africa. Kini berkecimpung dalam menyediakan kelas-kelas pengajian Al-Quran dan Tajwid dan juga Fardu ain bagi orang dewasa. Berpengalaman mengajar hampir 10 tahun, ramai telah keluar dari kepompong buta huruf tidak tahu membaca hingga dapat membaca Al-Quran dengan baik.. Alhamdulillah.

rawatan bekam