Category Archives: Tajwid

Hukum Qata’

Qata’ (القطع) dari segi bahasa bermaksud memutuskan. Qata’ yang dimaksudkan dalam istilah ilmu Tajwid ialah memutuskan bacaan untuk tujuan berhenti kerana sesuatu yang tiada kaitan dengan bacaan, seperti menyelesaikan bacaan bagi waktu tersebut. Perbezaan antara Waqaf dengan Qata’ ialah Waqaf berhenti kerana mengambil nafas baru sedangkan Qata’ ialah berhenti kerana selesai membaca. Oleh itu pembaca al-Quran dituntut membaca… Read More »

Hukum Hamzah Qata’

Pengertian Hamzah Qat’ie ialah huruf hamzah yang dibaca (dibariskan) ketika memulakan bacaan darinya (ibtida) atau menyambung bacaan padanya (wasal) pada sesuatu perkataan. Berbeza dengan Hamzah Wasal yang hanya dibaca ketika ibtida tetapi diabaikan ketika wasal pada hamzah tersebut. Tanda Mengenal Hamzah Qat’ie Hamzah Qat’ie boleh dikenal dengan melihat huruf (ء) berbaris dalam suatu perkataan. Ia temui dalam semua… Read More »

Hukum Pertemuan Dua Sukun

Pertemuan dua sukun (التقاء الساكنين) berlaku apabila dua perkataan yang hendak diwasalkan bacaannya tertegah kerana adanya dua huruf yang sukun. Dua sukun ini pula dihalang oleh hamzah wasal ditengah-tengahnya. Iltiqa’ Sakinain barlaku pada keadaan-keadaan berikut: Iltiqa’ Sakinain Pada Tanwin Iltiqa’ Sakinain Pada Awal Surah Ali-‘Imran Iltiqa’ Sakinain yang sedia dibariskan dalam Mushaf Berikut adalah penjelasan setiap bentuk penyambungan… Read More »

Hukum Ibtida’

Pengertian Ibtida’ (الابتداء) Ibtida’ bermaksud memulakan bacaan, samaada memulakan semula bacaan setelah Qata’ (lama habis membaca) atau memulakan bacaan setelah Waqaf. (berhenti mengambil nafas). Jika memulakan setelah Qat’u maka dituntut supaya membaca Ista’azah. Tetapi jika memulakan setelah Waqaf, tidak perlu Isti’azah. Maka jelas di sini Ibtida’ ialah suatu yang berlaku kerana pilihan sendiri, bukan kerana terpaksa. Disini diberikan… Read More »

Waqaf dan Ibtida’

Berhenti dan Memulakan Bacaan Dalam mencapai ketepatan pembacaan al-Quran, selain dari mengelokkan sebutan setiap huruf al-Quran, memberhentikan bacaan pada tempat yang betul adalah suatu tuntutan. Perkara ini ditegaskan oleh Saidina Ali r.a. bila ditanya tentang maksud membaca al-Quran dengan Tartil ( ترتيل ), beliau menjawab: هو تجويد الحروف ومعرفة الوقوف “Mengelokkan sebutan setiap huruf dan mengetahui tempat berhenti”… Read More »

Hukum Hamzah Wasal

Hamzah wasal (همزه وصل) ialah hamzah berupa alif tambahan di awal perkataan. Hamzah ini akan diabaikan jika seseorang memilih untuk menyambungkan bacaan dari ayat sebelumnya. Tetapi hamzah ini akan dibariskan bacaannya jika seseorang memilih untuk memulakan bacaan dari perkataan yang mempunyai hamzah wasal tersebut. Hamzah Wasal yang ditemui dalam al-Quran berada di awal kata nama (اسم), kata kerja… Read More »

Hukum Mim Sakinah

  Pengertian Mim Sakinah Mim Sakinah ialah mim yang tidak berbaris atau lebih dikenali sebagai mim mati. Mim Sakinah mempunyai ciri yang sama seperti Nun Sakinah kerana kedua-duanya memiliki suara yang keluar dari pangkal hidung, khaisyum yang mengeluarkan suara dengung atau sifat ghunnah sebagai satu ciri yang mesti ada pada Mim dan Nun Sakinah. Terdapat tiga hukum bagi… Read More »

Ilmu Tajwid

  PENGERTIAN ILMU TAJWID Dari segi bahasa tajwid bermaksud mengelokkan. Dari segi istilah pula tajwid bermaksud suatu ilmu untuk mengetahui cara melafazkan huruf-huruf Al-Quran dengan betul. Sesetengah ulama mentakrifkan Tajwid sebagai menunaikan hak huruf dan apa yang sepatutnya bagi sesuatu huruf Al-Quran, seperti menunaikan apa yang sepatutnya bagi makhraj sesuatu huruf, sifat-sifatnya, dengungnya, panjangnya, tebal atau tipisnya sebutan… Read More »

Makhraj Huruf

مخارج الحروف TUJUH BELAS CARA PENYEBUTAN MAKHRAJ HURUF 1. Bibir bawah ditekan ke gigi kacip atas. keluar daripadanya huruf:  ف Cara untuk memastikan sebutan yang betul bagi huruf ini ialah dengan cara menemukan permukaan bibir bawah dengan hujung gigi kacip (gigi hadapan) sebelah atas. 2. Merapatkan dua bibir. Keluar daripadanya huruf:  م و ب Cara untuk memastikan sebutan huruf-huruf ini yang… Read More »

Makhraj Sebutan Huruf

PENGERTIAN MAKHRAJ HURUF Makhraj bermaksud tempat keluar suara huruf-huruf al-Quran. Para ulama bersepakat menetapkan jumlah huruf-huruf Hijaiyyah atau abjad huruf al-Quran sebanyak 29.  Huruf-hurufnya ialah: ا ب ت ث ج ح خ د ذ ر ز س ش ص ض ط ظ ع غ ف ق ك ل م ن ه وء ي Sebahagian ulama yang lain pula… Read More »