Hukum Alif Lam Takrif

By | Februari 7, 2021
  • Alif Lam Al-Qamariyyah

Bunyi lam dinyatakan dengan jelas ( al / ل ا ). Cara bacaannya adalah dengan menyebut huruf lam dengan sebutan yang jelas. Ia boleh dikenali dengan tanda sukun (mati) pada huruf lam dan diikuti dengan salah satu dari huruf-huruf Al-Qamariyyah.

Huruf-huruf Al-Qamariyyah ada 14, iaitu :

( ء ب ج ح خ ع غ ف ق ك م و ه ي )

Contohya:

الْحَمْدُ – الْبَقَرَةُ – الْجِنُّ – الْإنْسُ

  • Alif Lam As-Syamsiyyah

Bunyi lam tidak disebut atau tidak dinyatakan. Cara bacaannya adalah dengan memasukkan huruf lam ke dalam huruf-huruf As-Syamsiyyah. Ia boleh dikenali dengan tanda syaddah (sabdu) pada huruf- huruf As-Syamsiyyah yang terdapat selepas alif lam.

Huruf-huruf As-Syamsiyyah juga ada 14, iaitu:

( ت ث د ذ ر ز س ش ص ض ط ظ ل ن )

Contohnya:

الرَّحْمنُ – النّاسُ – الشَّمْسُ – الطَّارِقُ


Author: admin

Salam sejahtera, saya Fadzil Amri lulusan ijazah syariah dari Darul Uloom Zakariyya, South Africa. Kini berkecimpung dalam menyediakan kelas-kelas pengajian Al-Quran dan Tajwid dan juga Fardu ain bagi orang dewasa. Berpengalaman mengajar hampir 10 tahun, ramai telah keluar dari kepompong buta huruf tidak tahu membaca hingga dapat membaca Al-Quran dengan baik.. Alhamdulillah.

rawatan bekam