Hukum Hamzah Wasal

By | September 23, 2018

hamzah wasal

Hamzah wasal ialah hamzah berupa alif tambahan di awal perkataan. Hamzah ini akan diabaikan jika seseorang memilih untuk menyambungkan bacaan dari ayat sebelumnya. Tetapi hamzah ini akan dibariskan bacaannya jika seseorang memilih untuk memulakan bacaan dari perkataan yang mempunyai hamzah wasal tersebut.

Hamzah Wasal yang ditemui dalam al-Quran berada di awal kata nama ( اسم ), kata kerja (فعل) dan nama terbitan (مصدر) . Maka permasalahan Hamzah wasal ini ialah menentukan barisnya. Ini kerana Hamzah wasal didapati tidak berbaris tetapi ditandakan dalam al-Quran Rasm Uthmani dengan:  ﭐ  yang terdapat kepala huruf  ص .

3 Kaedah Cara Membaca Hamzah Wasal

  • Memulakan Hamzah Wasal pada Alif Lam (ال).

Hamzah wasal yang terdapat pada Alif Lam Qamariah dan Syamsiyyah hendaklah difathahkan (baris atas) jika memulakan bacaan darinya. Contoh Hamzah wasal yang terdapat pada Alif lam:

. ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ ، ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ، ﭐلتَّآئِبُونَ ﭐلعَبِدُونَ ﭐلحَمِدُونَ

Di dalam al-Quran, hanya hamzah wasal pada perkataan الاسم  sahaja yang tidak dibariskan mengikut kaedah di atas iaitu pada ayat:  (Al-hujurat ayat: 11)  بِئسَ ﭐلاِسمُ ﭐلفُسُوقُ بَعدَ ﭐلإِيمَان hamzah wasal pada perkataan ini hendaklah dibaca dengan  أَلِسم  atau  لِسم  jika seseorang memulakan bacan daripadanya. Pada keadaan wasal ia dibaca dengan   بِئسَ لِسم .

 

 

 

Author: admin

Salam sejahtera, saya Fadzil Amri lulusan ijazah syariah dari Darul Uloom Zakariyya, South Africa. Kini berkecimpung dalam menyediakan kelas-kelas pengajian Al-Quran dan Tajwid dan juga Fardu ain bagi orang dewasa. Berpengalaman mengajar hampir 10 tahun, ramai telah keluar dari kepompong buta huruf tidak tahu membaca hingga dapat membaca Al-Quran dengan baik.. Alhamdulillah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.