Hukum Ibtida’

By | Ogos 30, 2019
ibtida waqaf

Pengertian Ibtida’ (الابتداء)

Ibtida’ bermaksud memulakan bacaan, samaada memulakan semula bacaan setelah Qat’u (lama habis membaca) atau memulakan bacaan setelah Waqaf. (berhenti mengambil nafas).

Jika memulakan setelah Qat’u maka dituntut supaya membaca Ista’azah. Tetapi jika memulakan setelah Waqaf, tidak perlu Isti’azah. Maka jelas di sini Ibtida’ ialah suatu yang berlaku kerana pilihan sendiri, bukan kerana terpaksa.

Disini diberikan beberapa panduan dalam memulakan sesuatu bacaan:

  • a) Ibtida’ dari perkataan yang berasingan yang tidak berkaitan dengan perkataan sebelumya. Sebaik-baik permulaan itu adalah dari awal ayat.
  • b) Jika seseorang memilih untuk memulakan pembacaan dari pertengahan ayat, dia perlu memastikan tiada kaitan lafaz yang merosakkan struktur ayat. antara contoh permulaan yang merosakkan makna dan susunan ayat ialah seperti memulakan bacaan dari perkataan: أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ . sedangkan perkataan ini berkait rapat dengan perkataan sebelumnya. Maka bacaan perlu diulang dari perkataan sebelumnya iaitu: تَبَّتْ يَدَا .
  • c) Tidak boleh memulakan bacaan dari isi perbicaraan orang-orang kafir kecuali dibaca juga tuan punya bicara. Antara contoh permulaan dari isi perkataan orang-orang kafir ialah: يَدُ اللَّهِ مَغْلُولَةٌ . Perkataan ini berkait rapat dengan perkataan sebelumnya dan perlu dimulakan dari perkataan sebelumnya iaitu: وَقَالَتِ الْيَهُودُ . ini kerana dari segi makna: ” orang Yahudi mendakwa: tangan Allah dibelenggu”. Jika ditinggalkan ayat sebelumnya akan memberi maksud: ” tangan Allah dibelenggu”. Dakwaan sebegini sangat bahaya dan perlu dihindarkan.
  • d) Jika seseoarang waqaf dipertengahan ayat, kemudian tidak pasti tentang dari mana ia perlu menarik semula bacaannya. Maka ia perlu mengambil semula perkataan yang ia berhenti itu atau mengulang semula dari satu perkataan sebelumnya.
Author: admin

Salam sejahtera, saya Fadzil Amri lulusan ijazah syariah dari Darul Uloom Zakariyya, South Africa. Kini berkecimpung dalam menyediakan kelas-kelas pengajian Al-Quran dan Tajwid dan juga Fardu ain bagi orang dewasa. Berpengalaman mengajar hampir 10 tahun, ramai telah keluar dari kepompong buta huruf tidak tahu membaca hingga dapat membaca Al-Quran dengan baik.. Alhamdulillah.