Hukum Membaca Al-Quran Ketika Datang Bulan

By | Disember 18, 2017

304 total views, 1 views today

baca quran masa haid

Hukum membaca Al-Quran ketika haid adalah masalah yang berselisih pendapat antara ahli-ahli ilmu.

Pendapat Pertama : Diharamkan Perempuan Haid Membaca Al Quran

Jumhur ulama berpendapat, haram ke atas orang perempuan yang kedatangan haid membaca Al Quran hinggalah perempuan itu bersuci barulah dibolehkan perempuan itu membaca Al Quran.

Dalil Ulama Yang Mengharamkan Perempuan Haid Membaca Al Quran

Mereka memasukkan orang haid dan nifas ke dalam golongan orang yang berhadas besar. Iaitu orang haid, berhadas besar dan nifas, semua mereka ini tidak dibenarkan bahkan haram ke atas mereka membaca Al Quran tidak kira sama ada membaca Al Quran daripada hafalan atau membaca Al Quran daripada mushaf.

Mereka berdalilkan dengan hadith nabi :

أْنَّ الْجُنُبَ لاَ يَقْرَأُ الْقُرْآنُ

yang bermaksud : bahawa orang yang berjunub atau berhadas besar tidak boleh membaca Al Quran.

Dan hadis lain :

لاَ تَقْرَأُ الْحَائِضُ وَلاَ الْجُنُبُ شَيْئًا مِنَ الْقُرْآنِ.  أبو داود، الترمذي

yang bermaksud : orang haid dan orang nifas tidak boleh membaca Al Quran sedikitpun.

Ini kerana junub adalah hadas besar dan haid juga adalah hadas besar.

Begitu juga dengan orang nifas termasuk dalam larangan membaca Al Quran.

Bagi pendapat mazhab Hanafi, diharamkan bagi perempuan haid membaca Al Quran melainkan jika perempuan itu seorang guru, maka dibolehkan perempuan itu membaca Al Quran dengan syarat perempuan itu hendaklah mengajarkan anak muridnya satu kalimah-satu kalimah, iaitu dengan memisahkan satu kalimah dengan kalimah yang lain dan tidak boleh disambungkan kalimah-kalimah itu, dan tidak boleh perempuan itu membaca ayat, begitu juga dibolehkan perempuan itu membaca ayat Al Quran kerana membuka sesuatu perkara yang dibacakan basmalah (bismillahir rahmanir rahim), dan begitu juga dibolehkan ke atas perempuan itu membaca ayat-ayat pendek dengan niat doa atau puji-puji Allah.

Bagi pendapat mazhab Syafie, diharamkan perempuan haid membaca Al Quran walaupun satu huruf sekalipun, sekiranya perempuan itu berniat membaca Al Quran kerana membaca Al Quran, bukan kerana zikir dan bukan kerana berdoa dengan membaca ayat Al Quran, maka haramlah ke atas perempuan itu, tetapi jika perempuan itu berniat zikir seperti perempuan itu ketika makan dia membaca, bimillahir rahmanir rahim, atau lancar sebutan lidahnya dengan niat zikir dan bukannya niat membaca Al Quran, maka tidaklah diharamkan dia membaca Al Quran itu, iaitu dengan

Ringkasnya, pendapat jumhur ulama mengatakan, apa-apa bacaan Al Quran, tidak dibenarkan sama sekali melainkan jika perempuan itu membaca Al Quran dengan berniat zikir atau membaca Al Quran ketika berdoa, dengan syarat tidak membaca Al Quran dengan niat membaca Al Quran, maka dua cara ini adalah dibolehkan, tetapi selain daripada dua cara ini maka diharamkan perempuan membaca Al Quran.

Pendapat Kedua : Dibolehkan Perempuan Haid Membaca Al Quran

 

 

 

 

10 Shares
Author: admin

Salam sejahtera, saya Fadzil Amri lulusan ijazah syariah dari Darul Uloom Zakariyya, South Africa. Kini berkecimpung dalam menyediakan kelas-kelas pengajian Al-Quran dan Tajwid dan juga Fardu ain bagi orang dewasa. Berpengalaman mengajar hampir 10 tahun, ramai telah keluar dari kepompong buta huruf tidak tahu membaca hingga dapat membaca Al-Quran dengan baik.. Alhamdulillah.

2 thoughts on “Hukum Membaca Al-Quran Ketika Datang Bulan

  1. Nor

    Pernah dengar baca ayat yg jadi kebiasaan.cth ayat kursi sebelum memandu.dibolehkan. betul ke. Sbb cari sumber tak jumpa.tq

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.