Hukum Pertemuan Dua Sukun

By | April 22, 2020
pertemuan 2 sukun

Pertemuan dua sukun (التقاء الساكنين) berlaku apabila dua perkataan yang hendak diwasalkan bacaannya tertegah kerana adanya dua huruf yang sukun. Dua sukun ini pula dihalang oleh hamzah wasal ditengah-tengahnya.

contoh pertemuan sukun

Iltiqa’ Sakinain barlaku pada keadaan-keadaan berikut:

  • Iltiqa’ Sakinain Pada Tanwin
  • Iltiqa’ Sakinain Pada Awal Surah Ali-‘Imran
  • Iltiqa’ Sakinain yang sedia dibariskan dalam Mushaf

Berikut adalah penjelasan setiap bentuk penyambungan dua sukun bagi tiga keadaan di atas.

  • Pertemuan Dua Sukun Pada Tanwin

Iltiqa’ Sakinain pada tanwin berlaku pada contoh-contoh seperti berikut:

خَيْرٌ الوَصِيَّةُ – jika wasal hendaklah dibaca – خَيْر نِ الوَصِيَّةُ

Tanwin tersebut tidak boleh diidghamkan kepada huruf selepasnya. Tapi apa yang harus dilakukan ialah merungkaikan suara nun dari tanwin itu kemudian dikasrahkan nun tersebut.

Huruf nun itu bukanlah suatu yang ditambah tetapi ia adalah nun sukun yang sudah sedia wujud pada setiap suara tanwin. Ini kerana tanwin adalah suatu yang bernun pada lafaz (bukan pada tulisan). Nun itu pula dikasrahkan kerana membaris kasrah adalah cara untuk membariskan dua huruf yang sukun.

Apa yang dimaksudkan dengan dua sukun di sini ialah huruf sukun yang terdapat pada hamzah wasal sebelum dan selepasnya. Hamzah wasal itu sendiri tidak dikira sebagai huruf sukun kerana sukun pada hamzah wasal adalah sesuatu yang ‘Aridh (mendatang) yakni sesuatu yang berubah barisnya bergantung kepada baris huruf sebelumnya semasa wasal atau waqaf.

contoh-contoh lain di bawah:

contoh iltiqa sakinain
  • Pertemuan Dua Sukun Pada Awal Surah Ali-‘Imran

Seseorang yang memilih untuk mewasalkan bacaan pada ayat 1 dan 2 surah Ali ‘Imran akan terdedah kepada Iltiqa Sakinain. Perhatikan ayat awal surah Ali ‘Imran di bawah:

ayat ali imran

Jika dirungkaikan ayat di atas, akan terserlah huruf م sukun bertemu lam sukun selepasnya (ميم الله).

Cara membaca dengan menyambung bacaan م dengan memanjangkannya 2 harakat kemudian menyambung ميم dan الله dengan membariskan fathah. Panjang 2 harakat itu sesuai dengan keadaannya sebagai Mad Asli ketika wasal. Fathah huruf min bagi mengelakkan dua sukun itu sesuai dengan asal penebalan (tafkhim) Lafaz Jalalah adalah dengan baris fathah.

  • Iltiqa’ Sakinain yang sedia dibariskan dalam Mushaf

Penyambungan dua sukun selain dua keadaan di atas, telah sedia dibariskan dalam al-Quran Rasm ‘Uthmani.

Antara contoh-contoh Iltiqa’ Sakinain yang sudah sedia dibariskan dalam Mushaf adalah seperti berikut:

  • Contoh menyambung dua sukun yang telah sedia kasrah:
ayat isra

Dari tatabahasa Arab,huruf Lam di atas adalah sukun, kemudian dibariskan dengan kasrah untuk mengelakkan dua sukun tersebut.

  • Contoh meyambung dua sukun yang telah sedia dhommah:
ayat baqarah

Dari segi tatabahasa Arab, huruf Wau di atas adalah sukun, kemudian dibariskan dengan dhommah untuk mengelakkan dua sukun tersebut.

  • Contoh menyambung dua sukun yang telah sedia fathah:
ayat surah albaqarah

Dari segi tatabahasa Arab, huruf nun di atas adalah sukun, kemudian dibariskan dengan fathah untuk mengelakkan dua sukun tersebut.

Author: admin

Salam sejahtera, saya Fadzil Amri lulusan ijazah syariah dari Darul Uloom Zakariyya, South Africa. Kini berkecimpung dalam menyediakan kelas-kelas pengajian Al-Quran dan Tajwid dan juga Fardu ain bagi orang dewasa. Berpengalaman mengajar hampir 10 tahun, ramai telah keluar dari kepompong buta huruf tidak tahu membaca hingga dapat membaca Al-Quran dengan baik.. Alhamdulillah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.