Hukum Qata’

By | Julai 5, 2020
hukum qata'

Qata’ (القطع) dari segi bahasa bermaksud memutuskan. Qata’ yang dimaksudkan dalam istilah ilmu Tajwid ialah memutuskan bacaan untuk tujuan berhenti kerana sesuatu yang tiada kaitan dengan bacaan, seperti menyelesaikan bacaan bagi waktu tersebut.

Perbezaan antara Waqaf dengan Qata’ ialah Waqaf berhenti kerana mengambil nafas baru sedangkan Qata’ ialah berhenti kerana selesai membaca. Oleh itu pembaca al-Quran dituntut membaca Isti’azah jika hendak memulakan semula bacaan.

Perkara-perkara yang perlu diperhatikan apabila menyudahkan bacaan al-Quran untuk sesuatu tempoh ialah:

  • Menamatkan akhir sesuatu Surah. (ada 114 surah dalam al-Quran)
  • Menamatkan akhir sesuatu Juz. (ada 30 juz dalan al-Quran)
  • Menamatkan akhir sesuatu Hizb. (tempat berhenti 1/2 Juz) atau Rubu’ (tempat berhenti 1/4 Hizb). (ada 60 hizb dan 240 Rubu’ dalam al-Quran)
  • Menamatkan akhir sesuatu ayat. (ada 6236 ayat sebenarnya dalam al-Quran)

Diriwayatkan oleh Imam al-Jazari dengan sanad yang bersambung kepada ‘Abdullah bin Abi al-Huzail katanya yang bermaksud: “Jika seseorang dari kamu telah memulakan bacaan dari sesuatu ayat, janganlah disudahkan bacaan itu hinggalah selesai akhir ayat tersebut”

kata Ibn Abi al- Huzaili lagi yang bermaksud: Adalah para sahabat r.a tidak suka membaca sesuatu ayat kemudian meninggalkan setengah daripadanya.

Author: admin

Salam sejahtera, saya Fadzil Amri lulusan ijazah syariah dari Darul Uloom Zakariyya, South Africa. Kini berkecimpung dalam menyediakan kelas-kelas pengajian Al-Quran dan Tajwid dan juga Fardu ain bagi orang dewasa. Berpengalaman mengajar hampir 10 tahun, ramai telah keluar dari kepompong buta huruf tidak tahu membaca hingga dapat membaca Al-Quran dengan baik.. Alhamdulillah.