Ilmu Tajwid

By | April 4, 2018

186 total views, 2 views today

ilmu tajwid

 

PENGERTIAN ILMU TAJWID

Dari segi bahasa tajwid bermaksud mengelokkan. Dari segi istilah pula tajwid bermaksud suatu ilmu untuk mengetahui cara melafazkan huruf-huruf Al-Quran dengan betul.

Sesetengah ulama mentakrifkan Tajwid sebagai menunaikan hak huruf dan apa yang sepatutnya bagi sesuatu huruf Al-Quran, seperti menunaikan apa yang sepatutnya bagi makhraj sesuatu huruf, sifat-sifatnya, dengungnya, panjangnya, tebal atau tipisnya sebutan sesuatu huruf dan lain-lain hal yang bersabit dengan ilmu Tajwid.

HUKUM ILMU TAJWID

Mempelajari ilmu Tajwid adalah fardu kifayah. Mempraktikkannya dalam bacaan pula adalah fardu ain.

Satu perkara yang telah disepakati oleh para ulama dari kalangan salaf dan khalaf ialah, mengamal dan mempraktikkan ilmu tajwid dalam pembacaan al-Quran adalah wajib, iaitu fardu ain ke atas setiap muslim sama ada lelaki atau perempuan.

Walaubagaimanapun tiada suatu ilmu pun yang mungkin dapat diperolehi kecuali dengan mempelajarinya. Pembacaan al-Quran yang betul tidak mungkin dapat diketahui, apatah lagi dikuasai kecuali dengan jalan mempelajarinya.

Begitulah dengan ilmu  Tajwid, walaupun pada dasarnya mempelajari ilmu tajwid itu hanyalah fardu kifayah hukumnya, tetapi kerana tuntutan membaca al-Quran dengan tajwid yang betul itu adalah fardu ain bagi setiap pembaca al-Quran, maka mempelajarinya ilmu tajwid yang pada asalnya adalah sunnat telah menjadi wajib kerana tuntutan tersebut.

FAEDAH MEMPELAJARINYA

Ilmu Tajwid adalah ilmu yang berhubung terus dengan seagung-agung kitab, iaitu al-Quran. Justeru tidah dapat dinafikan lagi tentang faedah mempelajarinya.

Antaranya adalah seperti berikut:

  • Memelihara daripada kesalahan-kesalahan dalam membaca Al-Quran. Dengan mempelajari ilmu Tajwid, seseorang itu akan terpelihara daripada melakukan kesalahan-kesalahan yang merosakkan bacaan.

Kesalahan dalam bacaan itu dapat dibahagikan kepada dua:

Kesalahan Nyata: Kesalahan nyata bermaksud kesalahan yang dilakukan pada struktur perkataan, sama ada kesalahan itu mencacatkan makna perkataan atau tidak.

Hukum melakukan kesalahan nyata seperti ini adalah haram secara ijmak Ulama, tidak kira ia disengajakan atau tidak.

Kesalahan Tersembunyi: Kesalahan tersembunyi bermaksud kesalahan yang dilakukan pada sebutan, di mana ia menyalahi cara sebutan yang telah ditetapkan bagi sesuatu ayat al-Quran.

Hukum melakukan kesalahan tersembunyi seperti ini dalam bacaan, adalah haram jika dilakukan dengan sengaja atau mempermudah-mudahkannya. Sebahagian Ulama menghukumnya sebagai Makruh.

 

6 Shares
Author: admin

Salam sejahtera, saya Fadzil Amri lulusan ijazah syariah dari Darul Uloom Zakariyya, South Africa. Kini berkecimpung dalam menyediakan kelas-kelas pengajian Al-Quran dan Tajwid dan juga Fardu ain bagi orang dewasa. Berpengalaman mengajar hampir 10 tahun, ramai telah keluar dari kepompong buta huruf tidak tahu membaca hingga dapat membaca Al-Quran dengan baik.. Alhamdulillah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.