Makhraj Sebutan Huruf

By | Januari 25, 2018

93 total views, 2 views today

makhraj sebutan huruf

PENGERTIAN MAKHRAJ HURUF

Makhraj bermaksud tempat keluar suara huruf-huruf al-Quran. Para ulama bersepakat menetapkan jumlah huruf-huruf Hijaiyyah atau abjad huruf al-Quran sebanyak 29.  Huruf-hurufnya ialah:

ا ب ت ث ج ح خ د ذ ر ز س ش ص ض ط ظ ع غ ف ق ك ل م ن ه وء ي

Sebahagian ulama yang lain pula menetapakan abjad huruf-huruf al-Quran ada 28 sahaja. Ini kerana mereka tidak mengira huruf alif sabagai salah satu huruf konsonan, tetapi alif dikira sebagai huruf mad atau vokal.

Suatu yang perlu difahami oleh pembaca ialah huruf hanya wujud pada tulisan bukan pada lafaz (sebutan). Apabila huruf BA dilafazkan umpamanya, yang keluar adalah sebutan huruf itu, bukan tulisannya.

Maka kerana itu apabila dikatakan Makhraj Huruf BA sebenarnya ia menjelaskan tempat keluar suara huruf itu, bukan menyentuh persoalan tulisan. Sebenarnya apa yang dilafazkan itu adalah suara huruf tersebut bukan tulisan.

MAKHRAJ MUHAQQAQ DAN MUQADDAR

 

Shares 15
Author: admin

Salam sejahtera, saya Fadzil Amri lulusan ijazah syariah dari Darul Uloom Zakariyya, South Africa. Kini berkecimpung dalam menyediakan kelas-kelas pengajian Al-Quran dan Tajwid dan juga Fardu ain bagi orang dewasa. Berpengalaman mengajar hampir 10 tahun, ramai telah keluar dari kepompong buta huruf tidak tahu membaca hingga dapat membaca Al-Quran dengan baik.. Alhamdulillah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.