Panduan dan Pengiraan Zakat

By | Februari 13, 2018

247 total views, 1 views today

panduan zakat

DEFINASI ZAKAT

Dari segi bahasa:
Kebersihan, kesucian dan memperbaiki
Kesuburan dan pertambahan

Dari segi istilah syara’ :
Mengeluarkan sebahagian dari harta tertentu untuk diberikan kepada orang-orang yang berhak menerimanya apabila telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

JENIS ZAKAT HARTA

  • Zakat Pendapatan
  • Zakat Wang Simpanan
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat Tanaman
  • Zakat KWSP / LTAT
  • Zakat Saham
  • Zakat Ternakan
  • Zakat Emas & Perak
  • Qadha Zakat

TUJUAN BERZAKAT

  • Beribadat kepada ALLAH
  • Membantu golongan tidak berada.
  • Merapatkan jurang perbezaan sesame manusia.
  • Memaju dan meningkatkan ekonomi umat Islam.

SYARAT-SYARAT WAJIB BERZAKAT

  •   Orang-orang Islam – yang memiliki harta / wang, emas, perak, saham, ahli perniagaan, menternak binatang, bertani (padi) dan bekerja sama ada di jabatan kerajaan atau swasta yang memperolehi gaji bulanan.
  •  Merdeka – Orang Islam juga mestilah bebas sepenuhnya (bukan hamba).
  • Sempurna milik – pemilikan ke atas harta tersebut mestilah sempurna (yakni tidak ada hutang dan bebas menggunakannya).
  • Cukup Nisab – Harta itu mestilah cukup nisab iaitu bersamaan / melebihi 85 gram emas (mengikut harga emas semasa).
  •  Cukup Haul – Harta yang dimiliki itu juga mesti cukup tempoh satu tahun hijrah kecuali kecuali pertanian dan pendapatan.

DALIL KEWAJIPAN BERZAKAT

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Berzakatlah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu” (Surah Al – Baqarah : 267)

“Ambillah sebahagian dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan diri mereka dari dosa harta (tidak berzakat) dan menyucikan jiwa mereka dari akhlak yang buruk (bakhil dan tidak bersyukur).”
(Surah At – Taubah : 103)

“Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak tetapi tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab yang pedih yang tidak terperi sakitnya. Pada hari itu dibakar emas dan perak (harta benda mereka) dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka sambil dikatakan kepada mereka, inilah apa yang kamu simpan untuk kamu sendiri, dari itu rasakanlah (azab dari) apa yang kamu simpan.”
(Surah At – Taubah : 34 & 35)

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Kawallah keselamatan harta benda kamu dengan benteng-benteng zakat” (Riwayat Abu Daud)

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Jika kamu beri zakat maka jangan lupa pahalanya, iaitu dengan berkata: “Wahai tuhan! Jadikanlah ia satu keuntungan dan jangan jadikannya suatu kerugian.”

HUKUM ORANG YANG ENGGAN MEMBAYAR ZAKAT

  •  Murtad (terkeluar Islam). Jika seseorang itu mengingkari tentang wajibnya hokum mengeluarkan zakat.
  • Berdosa besar jika enggan membayar zakat tetapi masih tetap beri’tiqad bahawa hukum zakat itu adalah wajib.

Dalam keadaan ini pemerintah Islam bertanggungjawab mengambil zakat dengan paksa serta menghukum orang yang enggan itu dengan hukuman “ta’zir”. Sekiranya mereka terdiri dari satu kumpulan yang ramai bilangannya dan mempunyai kekuatan pertahan, maka pemerintah Islam bertanggungjawab memerangi mereka sehingga tunduk menyerah dan membayar zakat.

Hal ini diterangkan oleh hadith riwayat Bukhari dan Muslim : Rasulullah S.A.W bersabda:
“Saya diperintahkan untuk memerangi mereka, kecuali bila mereka mengikrarkan syahadat bahawa tidak ada tuhan selain ALLAH dan Muhammad adalah RasulNya, mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Bila mereka sudah melaksanakan hal itu, maka darah mereka sudah memperolehi perlindungan daripada saya, kecuali oleh kerana hak-hak Islam lain, yang dalam hal ini perhitungannya diserahkan kepada ALLAH.”

KADAR ZAKAT

 

 

 

 

14 Shares
Author: admin

Salam sejahtera, saya Fadzil Amri lulusan ijazah syariah dari Darul Uloom Zakariyya, South Africa. Kini berkecimpung dalam menyediakan kelas-kelas pengajian Al-Quran dan Tajwid dan juga Fardu ain bagi orang dewasa. Berpengalaman mengajar hampir 10 tahun, ramai telah keluar dari kepompong buta huruf tidak tahu membaca hingga dapat membaca Al-Quran dengan baik.. Alhamdulillah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.