Sale!

Buku Talaqqi

RM20.00 RM15.00

BUKU TALAQQI menepati ciri-ciri berikut:

1. Buku ini disusun supaya bersesuaian bagi mereka yang baru berjinak untuk belajar membaca al-Quran samada dewasa apatah lagi kanak-kanak. Buku ini juga sesuai dipelajari bagi mengetahui asas-asas tajwid yang menjurus terus kepada praktikal bacaan.

2. Menekankan cara sebutan (makhraj) huruf dari awal peringkat mengenal huruf lagi. Ini bermakna disamping murid diajar mengenal huruf, murid perlu ditekankan aspek sebutan (makhraj) huruf sejak dari permulaan.

3. Hukum-hukum bacaan yang perlu ditekankan ialah: sebutan (makhraj) huruf, sebutan tebal/tipis, bacaan panjang/pendek dan bacaan dengung/jelas. Oleh itu ilmu Tajwid akan dijuruskan terus kepada praktikal bacaan tanpa menghafalkan nama-nama hukumnya.

4. Buku ini telah disusun bertepatan dengan penulisan al-Quran Resam Uthmani. Hukum-hukum Tajwidnya pula telah disusun bersesuaian dengan Riwayat Hafs ‘an ‘Asim melalui aliran asy-Syatibiyyah.

15 in stock

Category:

Description

Buku yang dikhususkan bagi mereka yang mahu mempelajari al-Quran dari langsung tidak tahu. Buku “Talaqqi” cuba menampilkan keistimewaan tersendiri berbanding buku-buku seumpamanya, antaranya Menekankan cara sebutan (makhraj dan sifat) huruf dari awal peringkat “mengenal huruf” lagi.

Ini bermakna disamping murid diajar mengenal huruf, guru mesti menekankan aspek sebutan (makhraj & sifat) huruf sejak dari langsung tidak tahu lagi. Kedua-dua aspek iaitu mengenal dan menyebut huruf tidak boleh diabaikan dalam pembelajaran buku “Talaqqi” ini.

Sebagai sebuah buku asas sebutan dan bacaan, aspek tajwid perlu ditekankan dari peringkat awal lagi. Walaupun begitu, buku ini cuba mengelak dari penjelasan nama-nama hukum Tajwid tersebut dalam perbincangannya. Buku “Talaqqi” ini telah disusun supaya menepati kaedah penulisan al-Quran Resam Uthmani.

Hukum-hukum Tajwidnya pula telah disusun bersesuaian dengan Riwayat Hafs ‘an ‘Asim melalui Toriq asy-Syatibiyyah. Penulis juga telah cuba sedaya upaya mengambil contoh dari ayat ayat al-Quran yang sebenar atau contoh dari Bahasa Arab. Oleh itu, semua hukum tajwid yang amat mustahak dan selalu ditemui dalam al-Quran telah diketengahkan dalam buku ini.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Buku Talaqqi”

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.